Muqaddimah


Blog Kursus Pendidikan Islam ini merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran secara atas talian selain teknik sedia ada iaitu penyampaian di dalam kelas. Diharap dengan adanya blog ini dapat memudahkan para pelajar dan sesiapa sahaja mendapatkan maklumat berkaitan Kursus Pendidikan Islam di politeknik.

Pengenalan Kursus


PENDIDIKAN ISLAM 2 (AA201) memberi pengetahuan tentang konsep-konsep kekeluargaan Islam merangkumi isu-isu dan petikan Enakmen Keluarga Islam yang berkaitan dengannya. Selain itu, topik sumber-sumber hukum, pengurusan jenazah dan hukum jenayah Islam turut didedahkan dalam kursus ini. Kandungannya lebih memfokuskan cara-cara menangani permasalahan kekeluargaan serta membentuk sikap positif dalam kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.

Hasil Pembelajaran Kursus


Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:

1. menggunakan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kekeluargaan Islam untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

2. menjelaskan secara bertulis isu-isu kekeluargaan yang diberikan dan membentangkannya secara berkumpulan untuk dijadikan panduan dalam menyelesaikan permasalahan kekeluargaan dengan berkesan.

3. menjustifikasikan dengan tepat sumber hukum iaitu al-Qur’an, al-Sunnah, al-Ijmak dan al-Qiyas yang digunakan oleh para ulama dalam mengeluarkan hukum.

4. menunjuk cara pengurusan jenazah secara amali berdasarkan langkah-langkah yang ditetapkan supaya dapat dipraktikkan dalam kehidupan.

5. mengenalpasti hukum jenayah dalam Islam sebagai panduan dalam kehidupan.

Topik


1.0 PENGENALAN KONSEP NIKAH
Topik ini menerangkan mengenai konsep nikah termasuk isu-isu kekeluargaan dan petikan Enakmen Keluarga Islam yang berkaitan dengannya.

2.0 TANGGUNGJAWAB SUAMI, ISTERI DAN IBUBAPA
Topik ini menghuraikan tentang tanggungjawab suami, isteri, tanggungjawab bersama, tanggungjawab ibubapa dan doa-doa amalan serta petikan Enakmen Keluarga Islam yang berhubung dengannya.

3.0 NAFKAH DAN HADANAH
Topik ini menjelaskan konsep nafkah dan hadanah serta petikan Enakmen Keluarga Islam yang berkaitan dengannya.

4.0 POLIGAMI
Topik ini menghuraikan konsep poligami, isu-isu dan petikan Enakmen Keluarga Islam yang berkaitan dengannya.

5.0 ZIHAR, ILA’ DAN LI’AN
Topik ini menghuraikan konsep zihar, ila’ dan li’an serta petikan Enakmen Keluarga Islam yang berkaitan dengannya.

6.0 NUSYUZ DAN TALAK
Topik ini menerangkan konsep nusyuz, talak, isu-isu dan petikan Enakmen Keluarga Islam yang berkaitan dengannya.

7.0 IDAH, RUJUK DAN IHDAD
Topik ini menerangkan konsep idah, rujuk dan ihdad serta petikan Enakmen Keluarga Islam yang berkaitan dengannya.

8.0 HIBAH, WASIAT DAN FARAID
Topik ini menjelaskan tentang konsep Hibah, Wasiat, Faraid, isu-isu dan petikan Enakmen Keluarga Islam yang berkaitan dengannya.

9.0 SUMBER HUKUM
Topik ini menjelaskan tentang sumber-sumber utama hukum Islam dalam mengatur kehidupan umat Islam.

10.0 PENGURUSAN JENAZAH
Topik ini mendedahkan cara-cara pengurusan jenazah secara teori dan amali.

11.0 HUKUM JENAYAH ISLAM
Topik ini menjelaskan tentang jenis-jenis jenayah dan hukumannya menurut Islam.

Powered by:
Free Blog Templates